BANTUAN BANJIR PPTD

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Ada di kalangan ahli PPTD yang terlibat dengan ujian banjir yang melanda di beberapa kawasan. PPTD telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada ahli-ahli yang terkesan dengan menyediakan penempatan sementara di rumah Kelab PPTD Presint 10. Di samping itu, kotak makanan dan barang keperluan harian juga telah diagihkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Kerjasama juga dibuat dengan pihak NADMA bagi membekalkan toto dan bantal kepada ahli-ahli yang menginap di rumah PPTD.

Di samping itu, PPTD juga sedang berusaha untuk mendapatkan rumah transit di Putrajaya bagi membantu lebih ramai ahli.

Sumbangan amat dialu-alukan daripada semua bagi membantu ahli-ahli PPTD yang terjejas. 

Ayuh kita bantu rakan-rakan kita!

Ahli yang ingin memberi sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun bank PPTD seperti berikut:

Akaun: Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

Nombor akaun: 100490011431 (AFFIN BANK)

Di ruangan rujukan sila nyatakan ‘bantuan banjir’.

Sila hubungi En. Shamshuzaman (0125067777) dan En. Firdaus (0123060182) untuk pertanyaan lanjut.

‘PERSATUAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA’

Terima kasih atas segala sumbangan dan bantuan.

Biro Kebajikan 

PPTD

Share This Post
Have your say!
00