Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua Ahli
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Malaysia.
YBhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya izinkan saya menjemput perhatian semua ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik berhubung dengan perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan ketetapan peruntukan Fasal 13
Perlembagaan PPTD, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 23 Jun 2022 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat: MAKSAK PUTRA, Kompleks Maksak, Presint 14, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 PUTRAJAYA.
Sila klik pengesahan kehadiran seperti di bawah:https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdgIRZfmcOd-D-7xaEr7gqYv8S4ML9EW0pHf66phcd3hhDkXQ/viewform?usp=sf_link
Sekian, terima kasih.
Urusetia PPTD